Creamy Puffs





0 budak c0mel Chat conversation end" />
Aku Juga Turut Mencari....
Sunday, August 29, 2010 | 0 talk respond(s)
Lamanya tak update blog ne... bila rasa sayu d pagi hari ne rasa mcm nak meluahkan jea...hehehe tp takda tmpt nak meluah...adik² suma dh pegi skola, aku melayan diri keseorangan di bilik yg kaler pink n seram sejuk ne...hehhehe smlm aq tdur terlalu awal, disebabkan kepala aq yg berdenyut² rsa mcm nk meletup jea... lps tu bngun utk prepare sahur n lepas jea mnjlnkn tggungjwb sbg seorang hamba ALLAH trus tak tdur² smpai skrg ne...Tengah dgr² lagu raya ne...heheh rasa mcm tak sabar nak raya, tp dlm msa yg sma sdih sbb lepas ne xda lagi sahur n berbuka...wlupun posa sunat tuh ada, ttp tak sama dgn berposa d bulan ramadhan..kan.kan..kan??Syahdu rasa hati bila mengenangkan bulan ramadhan yang akan pergi meninggalkan kita dlm 10 hari lagi, tp dalam masa yg sama kegembiraan menyambut syawal pulak datang bertandang..
Mungkin ada antara kita yang lupa akan kebaikan 10 malam terakhir ramadhan ne kan..? Al-maklumlah semua busy dgn persiapan menyambut syawal, tp yg pastinya sebagai seorang hamba ALLAH yang sering mengharapkan keampunan dari-NYA, aku amat menantikan tibanya hari yang penuh keberkatan ini, semua org berlumba-lumba melakukan amal ibadah dalam mencari
LAILATULQADAR dan aku adalah salah seorang daripada 'pelumba' itu...Aku mengharapkan kasih dan redha ilahi atas segala apa yg aku lakukan sepanjang kehidupan ku ini...semoga aku dan org² yang aku sayangi sentiasa beroleh rahmat-NYA, insyaALLAH.... Marilah kita sama² perbanyakkan amal ibadah d bulan mulia ini... Aku jugak ada nak share sikit psl LAILATULQADAR ne, sebagai tambahan ilmu buat diri sndiri dan sesiapa jea kt luar sana....hehehe selamat menunaikan ibadah puasa....:)

MALAM LAILATULQADAR


Malam Lailatulqadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta

mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh

akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan

dalam malam ganjil. "


Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar

iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam

yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

اَلَّلهُمَّ إِنَّكَ عَفْوً٬ تُحِبُّ الْعَفْوً٬ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah

keampunan-Mu untukku. "

Semoga apa yang kita harapkan menjadi kenyataan...tak kiralah berapa lama pun masa yg diambil untuk mnjadikan ianya satu kenyataan, yg penting kita harus tabah menjalani setiap dugaan dalam menuju apa yg diharapkan....bukankah sabar e2 adalah separuh daripada iman..:)






Labels: