Creamy Puffs





0 budak c0mel Chat conversation end" />
Aku Ingin Bercerita
Saturday, November 7, 2009 | 0 talk respond(s)
Assalamualaikum....

Ahad, 11:22am

Aku tak tau apa yang membawa aku untuk menulis blog ne ari ne....mungkin untuk meluahkan kekesalan yang terbuku di hati kerana apa yang ingin aku dapatkan gagal untuk aku perolehi...mungkin ini yg dinamakan "Permulaan Bagi Sebuah Pengakhiran". Aku sering mengingati sesuatu yang pernah di sampaikan kepada ku, iaitu "Mudah Untuk Kita Menciptakan Masalah, Tetapi Sukar Untuk Menyelesaikan Masalah Tersebut". Begitulah lumrah manusia, takkan lari dari masalah. Sungguhpun aku cuba untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang aku hadapi ketika ini, namun aku gagal...mungkin kerana aku mudah berputus asa, tp aku telah lakukannya dengan segala kekuatan yang ada berserta doa yang tak pernah putus aku panjatkan...Mungkin aku sedang diuji, dan aku akan terus melalui ujian ini sampai bila² pun....Hidupku sebagai seorang hamba ALLAH yang lemah, membuatkan aku lebih gagah mengharungi segala rintangan yang ada...Perjalanan hidup sedari kecil hingga dewasa benar² mengajarku erti kehidupan dunia yang penuh dengan pancaroba...Aku sedar kedudukan ku di dunia, membesar dalam keluarga yang sederhana, melihat keperitan abah dan mak mencari rezeki untuk membesarkan aku dan adik-adik yang lain, cukup membuatkan aku bersemangat untuk berjaya dalam hidup dan seterusnya memberi kesenangan kepada mereka. Berjauhan dari keluarga hanya kerana ingin menimba ilmu untuk mengejar cita² bukanlah sesuatu yang luarbiasa, kerana aku tidak keseorangan melalui hidup segenting ini. Ramai lagi di luar sana yang terpaksa berjauhan dari keluarga hanya kerana ingin mencapai cita²....Namun sedikit sukar bagiku, bila mengenangkan kesusahan dan kepayahan abah dan mak di sana... Aku tahu, segala masalah yang mereka hadapi ketika aku berjauhan dari mereka, pasti akan mereka sembunyikan... Mereka lakukan semua itu untuk tidak membuatkan aku berasa gusar dan risau akan keadaan mereka di sana, ianya pasti mengganggu pembelajaran ku di sini... Sekalipun mereka menyembunyikan masalah yang mereka hadapi, sebagai seorang anak yang mengerti akan kehidupan keluarganya, pasti dapat merasakan seandainya ada sesuatu yang menimpa mereka.... Abah dan mak mengharapkan aku pulang dengan kejayaan...Aku menjanjikan kejayaan itu kepada mereka...namun di saat² akhir ini, aku menjadi lemah...hilang segala kekuatan...Aku ingin bercerita kepada semua, aku masih mengharapkan kejayaan itu...aku tahu aku pasti mampu untuk dapatkannya, kata² semangat daripada pensyarah yang juga merupakan penyelia projek akhir aku, sedikit sebanyak mengembalikan kekuatan yang hampir pudar....Untuk tidak menghampakan harapan kedua orang tua dan pensyarah di tempat aku belajar, aku akan usaha dengan lebih gigih dalam seminggu yang ada ini...Doakan aku berjaya mendapatkan yang terbaik...Izinkan aku memenuhi keinginan mereka yang menaruh harapan tinggi terhadapku...Terima Kasih atas sokongan kalian...sesungguhnya doa dan sokongan daripada kalian membuatkan aku masih mampu melangkah ke depan sekalipun aku hampir tersungkur....